Tuesday, 11 October 2011

SOCIAL NETWORK

Hi, assalamualaikum. Hari ini Eiqa nak cerita tentang "Social Network". Apa tuh "Social Network" ? Alah, takkanlah tak tahu kot. Ala, yang macam Facebook and Twitter tuh. Itulah Social Network, atau dalam Bahasa Melayu disebut sebagai Laman Sosial.



Ok, Eiqa nak bagitahu tentang laman sosial yang Eiqa join dari dulu sampailah sekarang. Laman sosial yang pertama sekali Eiqa join adalah Gaia Online. Gaia Online lebih kurang macam laman sosial untuk kanak-kanak. Well, Eiqa join Gaia Online tuh pun masa darjah 4. Huhh, lamalah juga kan? Gaia Online nih menggunakan avatar. Avatar nih lebih kurang macam patung. Avatar nih kita boleh hias sesuka hati kita.


Ni lah avatar Eiqa sekarang. Comelkan ? Tak comel pun kena cakap comel juga :)


Laman sosial yang kedua pula Hi5. Hi5 nih lebih kurang macam Myspace juga. Tapi Eiqa dah delete akaun Hi5. Eiqa pun tak tahulah kenapa Eiqa delete. Hehehe 


Yang ketiga pula Myspace. Samalah juga. Eiqa dah delete akaun Myspace Eiqa.


Yang terakhir pula Facebook. Memang menjadi kegemaran Eiqa lah buka Fcebook sekurang-kurangnya sekali sehari. Kalau sehari tak buka Facebook, memang tak sah lah.

Selain laman sosial yang diatas, Eiqa juga ada Formspring. Dimana, rakan-rakan blogger mahupun yang bukan boleh tanya bermacam-macam soalan  kepada Eiqa. Sebenarnya ada banyak lagi laman sosial yang mungkin kita tak tahu akan kewujudannya. Tapi, buat masa sekarang nih Eiqa aktif Facebook sahaja. Gaia Online pun sekarang nih Eiqa dah jarang buka. Erm, lepas nih Eiqa nak cuba buat akaun Twitter lah. Ataupun Tagged.

Erm, okelah. Sampai disini sahaja. Eiqa nak pergu makan. Dah lapar sangat nih. Dadaa, assalamualaikum

No comments: