Wednesday, 12 October 2011

BUKA HATI, BUKA MINDA, LIHAT DIRI KITA :)

Hi, assalamualaikum. Hari ni Eiqa nak cerita tentang sebuah video yang baru je Eiqa tengok tadi. Ianya berkisahkan tentang seorang penceramah motivasi yang bernama Nick James Vujicic. 

Vujicic dilahirkan pada 4 Disember 1982 di Melbourne, Australia. Beliau dilahirkan dengan sindrom Tetra-Amelia iaitu sejenis penyakit yang jarang berlaku yang dicirikan dengan ketiadaan empat anggota badan - lengan kanan, lengan kiri, kaki kiri dan kaki kanan. Pada mulanya, hati ibu bapanya hancur luluh dengan keadaan yang menimpa beliau walaupun kelahirannya dikatakan dalam keadaan yang sihat. 

Dilarang oleh undang-undang negeri Victoria daripada menghadiri sekolah arus perdana disebabkan oleh kecacatan fizikal. Oleh sebab beliau tidak mempunyai kecacatan mental, beliau adalah salah seorang daripada pelajar-pelajar kurang upaya yang pertama dimasukkan ke sekolah arus perdana selepas undang-undang negeri tersebut berubah.

Selalu dibuli disekolah, beliau membesar dalam keadaan yang tertekan. Dipercayai, beliau pernah cuba untuk membunuh diri ketika berumur 10 tahun dengan menenggelamkan dirinya, tetapi beliau berubah hati dan tidak membunuh diri apabila memikirkan tentang kasih sayang yang telah dicurahkan oleh ibu bapa beliau. Beliau sentiasa berdoa kepada tuhan agar dikurniakan sepasang tangan dan kaki, beliau akhirnya menyedari tentang pencapaian yang boleh memberi inspirasi kepada orang lain dan beliau bersyukur dengan hidupnya.

Satu titik perubahan telah datang dalam hidupnya apabila ibunya menunjukkan satu rencana akhbar tentang seorang lelaki yang mengalami kecacatan yang teruk. Beliau sedar yang beliau tidak unik dan mula berjuang untuk dirinya sendiri di masa hadapan.





No comments: